Monday, May 11, 2009

Survey Market Di SABAH

Pd 6 April sampai ke KK, singgah sembahyang zohor + asar di masjid Negeri. Ini kali pertama datang ke Kota Kinabalu untuk Ef.
Malam ada buat preview dibilik Hotel Prominade. Tak sempat nak ambil gambar, adalah 5 ke 7 orang yang datang.


Besoknya kami bertolak ke Kota Belud (rumah Amran) pada sebelah petang, kami singgah sembahyang asar+zohor di masjid baru di KK. Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa 2 jam setengah. Sampai di rumah Amran pada waktu magrib. Selepas sembahyang magrib dan makan malam dirumah Amran, kami bertolak ke Ranau, perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk ke RANAU

Sampai di Ranau lebih kurang pukul 10pm, kami sempat berjumpa beberapa orang prospek di Rest House Lohor. Kami bermalam di situ, bayarannya cuma RM55 shj.

Keesokannya, sebelum balik ke KK, kami sempat ke Kolam Air Panas Poring yg terletak kira-kira 11 km dari Rest House kami.sempat bergambar dalam pokok buluh, dah lama saya tak melihat pokok buluh yang original, Kalau kat kampung saya memang banyak pokok buluh juga. tapi dah bertahun-tahun tak tengok pokok buluh. Sekali-sekala masuk hutan.. Ya Allah .. Best.. Fantastic..
Duduk kat KL asyik tengok BULUHMAS saja..............Ada jambatan gantung sebelum masuk ke kawasan kolam air panas

Bergambar bersebelahan kolam air panas

Seteleh hampir setengah jam di sana, kami bertolah ke KK, sepanjang perjalanan kami melalui kawasan pergunungan yang berlatar belakangkan GUNUNG KINABALU.


Dalam perjalanan ke KK, kami singgah di KUNDASANG utk beli pisang. Sepanjang pekan Kundasang kami sempat bergambar yang berlatar belakangkan GUNUNG KINABALU.

Kami tak sempat naik Gunung yang setinggi 14,000 ++ kaki tu, sbb kami bukannya nak pergi naik gunung, cuma nak lalu je. Naik Gunung Kinabalu pun sekarang kena booking, katanya kena booking sebulan, sekarang begitu ramai orang sedang "kiu". (beratur)

Di belakang itulah GUNUNG KINABALU yang sebahagiannya diselaputi kabus, ketinggiannya adalah melebihi 14,000 kaki. Cuba "KLIK" gabar dibawah untuk melihat dengan lebih besar. Kemudian klik "BACK" pada browser anda.

Inilah gambar AMRAN yang bawa saya ke Sabah, saya ingat nak pergi menaja, rupanya nak bawa tengok gunung dan air panas. Tapi takpa lah sbb minyak kereta dan Hotel semua dia bayar... Good Leader lah kalau cam ni. Beliau ni pensyarah Engineering di University Tun Husin Onn Johor. (UTHM - Universiti Tun Hussien Onn Malaysia )


Kalau ada sesiapa yg pernah mendaki gunung Kinabalu ni, sila berikan komen anda di ruangan "comment" di bawah utk berkongsi dgn semua pembaca. TQ

No comments:

Post a Comment