Tuesday, May 26, 2009

EOM Kuching "KACAK"







Miri-Bintulu-Sibu (22,23 dan 24 May 2009)







Kuching Meletup - QAQ 3677

TAHNIAH.... leader pertama dalam Team3677 di Kuching berjaya memiliki kereta impian pertamanya melalui EcoFirst. Beliau hanya baru bermula iaitu kira-kira 3 bulan yang lalu di Kuching. Beliau kini telah memiliki rangkaian EcoFirst di Semenanjung, Miri, Bintulu dan di Jakarta.

Untuk pertanyaan lebih lanjut tentang beliau bolehlah menghubunginya di 019-8199495 (BOY).

Ini adalah coretan beliau sendiri ####

.... Alhamdulillah saya diketemukan dengan peluang EcoFirst melalui SifOO saya Crown Ambassador Jet Li (M) atau nama penuh beliau ialah Muhammad Zulkey.. Dulu saya pernah terlibat dalam syarikat MLM tradisional selama beberapa tahun tetapi belum mencapai sebarang keberhasilan. Saya memang bersyukur kerana dari situlah saya belajar dan dengan kemahiran itulah yang mempercepatkan kejayaan dan menambah keyakinan saya di EcoFirst. Walaupun pendapatan saya di EcoFirst belum mencecah puluhan ribu, tetapi melalui statement bonus EcoFirst lah pihak bank begitu berkeyakinan dengan saya untuk membenarkan saya memiliki kereta impian ini. Sungguh tidak di sangka di EcoFirst saya memiliki pendapatan mencecah RM700+ sehari. Sehari tau bukan sebulan. Alhamdulillah, Bersyukur... Thank You SifOO - I LOVE YOU.

Monday, May 11, 2009

Survey Market Di SABAH

Pd 6 April sampai ke KK, singgah sembahyang zohor + asar di masjid Negeri. Ini kali pertama datang ke Kota Kinabalu untuk Ef.
Malam ada buat preview dibilik Hotel Prominade. Tak sempat nak ambil gambar, adalah 5 ke 7 orang yang datang.


Besoknya kami bertolak ke Kota Belud (rumah Amran) pada sebelah petang, kami singgah sembahyang asar+zohor di masjid baru di KK. Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa 2 jam setengah. Sampai di rumah Amran pada waktu magrib. Selepas sembahyang magrib dan makan malam dirumah Amran, kami bertolak ke Ranau, perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk ke RANAU

Sampai di Ranau lebih kurang pukul 10pm, kami sempat berjumpa beberapa orang prospek di Rest House Lohor. Kami bermalam di situ, bayarannya cuma RM55 shj.

Keesokannya, sebelum balik ke KK, kami sempat ke Kolam Air Panas Poring yg terletak kira-kira 11 km dari Rest House kami.sempat bergambar dalam pokok buluh, dah lama saya tak melihat pokok buluh yang original, Kalau kat kampung saya memang banyak pokok buluh juga. tapi dah bertahun-tahun tak tengok pokok buluh. Sekali-sekala masuk hutan.. Ya Allah .. Best.. Fantastic..
Duduk kat KL asyik tengok BULUHMAS saja..............Ada jambatan gantung sebelum masuk ke kawasan kolam air panas

Bergambar bersebelahan kolam air panas

Seteleh hampir setengah jam di sana, kami bertolah ke KK, sepanjang perjalanan kami melalui kawasan pergunungan yang berlatar belakangkan GUNUNG KINABALU.


Dalam perjalanan ke KK, kami singgah di KUNDASANG utk beli pisang. Sepanjang pekan Kundasang kami sempat bergambar yang berlatar belakangkan GUNUNG KINABALU.

Kami tak sempat naik Gunung yang setinggi 14,000 ++ kaki tu, sbb kami bukannya nak pergi naik gunung, cuma nak lalu je. Naik Gunung Kinabalu pun sekarang kena booking, katanya kena booking sebulan, sekarang begitu ramai orang sedang "kiu". (beratur)

Di belakang itulah GUNUNG KINABALU yang sebahagiannya diselaputi kabus, ketinggiannya adalah melebihi 14,000 kaki. Cuba "KLIK" gabar dibawah untuk melihat dengan lebih besar. Kemudian klik "BACK" pada browser anda.

Inilah gambar AMRAN yang bawa saya ke Sabah, saya ingat nak pergi menaja, rupanya nak bawa tengok gunung dan air panas. Tapi takpa lah sbb minyak kereta dan Hotel semua dia bayar... Good Leader lah kalau cam ni. Beliau ni pensyarah Engineering di University Tun Husin Onn Johor. (UTHM - Universiti Tun Hussien Onn Malaysia )


Kalau ada sesiapa yg pernah mendaki gunung Kinabalu ni, sila berikan komen anda di ruangan "comment" di bawah utk berkongsi dgn semua pembaca. TQ

Tuesday, May 5, 2009

Share 3677 Meningkat Untuk April 2009

PEMBAYARAN AKAN DILAKUKAN PADA 12 MAY iaitu hari SELASA

Keuntungan saham3677 untuk bulan April 2009 adalah RM5,255.74. Bermakna setiap unit akan memperolihi keuntungan sebanyak RM52.56. Lihat Jadual dibawah;
1 unit = RM52.56
2 unit = RM105.12
3 unit = RM157.68
4 unit = RM210.24
5 unit = RM262.80

Ini adalah pada bulan Mac 2009
1 unit = RM39.27
2 unit = RM78.54
3 unit = RM117.81
4 unit = RM157.08
5 unit = RM196.35

Monday, May 4, 2009

EcoFirst Sarawak Mendapat Liputan Akhbar

EOM EcoFirst di Kuching baru-baru ini mendapat liputan akhbar Utusan Sarawak, terimakasih tak terhingga kepada wartawan Utusan Sarawak Mr Winston Way dan Mr Andre Oliveiro

200 Pax - EOM di Kuching 28 April 2009

Tepat jam 915pm EOM di mulakan, bertempat di Kuching Park Hotel Kuching. Pengacara majlis ialah Kushairy Penceramah pertama ialah En Nordin yg menceritakan kehebatan syarikat EcoFirst, kemudian diikuti pula oleh penceramah ke dua iaitu john Siong (tiada gambar).

Acara kemuncak ialah perkongsian pelan pemasaran dan rahsia mendapat RM100k per month yang dikongsikan oleh Mr Crown Ambassador.




Kehadiran adalah diantara 180 - 200 orang sehingga penuh sesak dipintu masuk.




Kehadiran Mr KC juga memeriahkan lagi majlis EOM kami, beliau berkongsi berita-berita terkini dan pelabagai cabutan bertuah. Banyak lagi gambar yang tak sempat disiarkan kerana leader2 belum lagi menghantar gambar kepada webmaster.