$ucce$$ $tory
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, Tuhan yang Maha merancang dan Maha melaksanakannya. Tuhan yang berkuasa pada hari ini dan di hari kemudian. Tanpa keizinan serta restuNya, saya pasti tidak akan berada di tempat yang mana saya sedang berada sekarang.
Ucapan terima kasih yang seterusnya adalah kepada kawan-kawan seperjuangan saya semasa di syarikat yang sebelum ini. Hampir 12 tahun saya berada di sana bersama mereka berjuang dan belajar tentang MLM, sepanjang 12 tahun tersebut saya rasa seperti sudah memiliki Ijazah Sarjana atau PhD dalam bidang MLM. Saya umpamakan syarikat lama saya adalah seperti sebuah Universiti MLM yang mana saya kini telah “graduate” dari sana.
Apa yang menjadi pendorong KEJAYAAN saya di EcoFirst sekarang adalah bukan kerana memiliki pengalaman selama lebih 12 tahun, tetapi yang menjadi faktor utama kejayaan saya adalah kata-kata motivasi dari sahabat lama saya (mereka semua dari syarikat lama saya sebelum ini).
Semasa saya meletak jawatan (pangkat tertinggi) dari syarikat tersebut, ramai kawan-kawan rapat saya mengatakan saya “BODOH” dan berfikiran pendek, bahkan salah seorang dari pihak pengurusan mereka pernah mengatakan; “ Sepanjang 18 tahun syarikat ini ditubuhkan, Tiada dalam sejarah di syarikat ini, mana-mana leader atau staff yang keluar boleh berjaya di luar sana.” (sekarang syarikat tersebut sudah 20 tahun).
Daripada kata-kata yang dilemparkan oleh mereka itulah yang menjadikan batu loncatan kepada saya untuk terus berjaya. Saya tahu, sepanjang saya di sana memang ada berlaku beberapa kes “leader” dan “staff” sebelum ini yang keluar pergi ke syarikat lain, secara kebetulannya mereka yang keluar itu tidak berjaya.
Pada saat itu hati saya terus berkata, “Aku akan pastikan kata-kata mereka tidak benar, aku akan pastikan aku tidak akan menyumbang kepada statistik kegagalan itu tetapi akulah yang akan mengubah sejarah syarikat ini (syarikat lama saya). Akulah orang pertama yang akan BERJAYA dari banyak-banyak leader yang keluar sebelum ini”.
Alhamdulillah, berkat keazaman dan keinginan yang kuat untuk berjaya, akhirnya saya dijodohkan dengan EcoFirst pada tanggal 16 Jun 2008 yang menghasilkan pendapatan bulan pertama saya hanya RM1,341.48, manakala bulan ke dua iaitu July 2008 ialah RM5,295.45 dan seterusnya melonjak melebihi RM35,000.00 pada bulan ke 3 iaitu pada Ogos 2008. Kini, pendapatan bulanan melebihi RM50,000.00. Saya mensasarkan berpendapatan bulanan melebihi RM100,000.00 pada bulan April. Saya juga mempunyai beberapa orang “leader” yang berpendapatan bulanan melebihi RM100k dalam bulan April 2009 ini.
Jika anda berada di zaman silam, berpendapatan 5 angka di dalam MLM sudah dianggap BERJAYA, tetapi di zaman yang penuh dengan revolusi seperti hari ini, berpendapatan RM100,000.00 itu adalah dianggapkan seperti permulaan baru untuk langkah kejayaan.
Benarlah kata bijak pandai, ecommerce dan internet boleh mempercepatkan perniagaan anda “berkali-kali-kali-kali” ganda. Kalau saya menggunakan sistem MLM yang lama dahulu terpaksa mengambil masa melebihi 5 tahun untuk berpendapatan 5 angka dan yang paling malang ada kawan saya (bekas downline) yang masih setia serta berkomitmen tinggi sehingga hari ini (sudah melebihi 10 tahun) masih lagi belum mencecah pendapatan 5 angka. Yang lebih malang bukan 5 angka, pendapatan purata RM5000 sebulan pun belum dapat dinikmati setelah 10 tahum berkecimpung dalam MLM cara tradisional.
Di EcoFirst saya hanya mengambil masa 3 bulan untuk memiliki pendapatan yang dahulunya saya kena mengambil masa 5 ke 10 tahun. Pencapaian tersebut bukan saya seorang yang mampu mencapainya bahkan ada beberapa orang rakan kongsi saya juga telah mencapai pendapatan bulanan belasan ribu ringgit hanya dalam bulan ke 3 atau ke 4 sahaja.
Sahabatku sekalian, zaman telah berubah. MLM sudah menjadi satu kerjaya yang professional. Dahulu, pada tahun tujuh puluh atau lapan puluhan, orang membicarakan
BERAPA BANYAKKAH kita boleh dapat untung wang melalui MLM ?
Kemudian apabila melangkah ke tahun dua ribu (2000) orang mulai membicarakan tentang masa atau kepantasan iaitu BERAPA CEPATKAH anda boleh mencapai pendapatan atau keuntungan yang banyak itu melalui MLM…?
Tetapi bagi orang-orang biasa yang bijak, mereka sudah berbicara tentang RESIDUAL. Kami di EcoFirst adalah pakar yang membicarakan ketiga-tiga unsur tersebut. Berapa banyak?, Berapa cepat?, dan berapa lama ianya boleh bertahan? Untuk jawapan kepada ketiga-tiga persoalan tersebut… ECOFIRST adalah penyelesaiannya yang muktamad.
Berapa lama boleh bertahan? Inilah jawapan kepada RESIDUAL. Memang MLM itu sendiri sudah memberi jawapan kepada “residual income”, tetapi kebanyakan syarikat MLM ecommerce yang memberi pendapatan yang banyak dan pantas adalah tidak residual, syarikat itu sendiri yang tutup dan tidak bertahan lama. Kenapa begitu..? Ini adalah kerana mereka tidak tulen (genuine), mereka hanya fokuskan pada pelan atau skim semata-mata tanpa mengambil kira tentang produk yang dipasarkan, bahkan produk hanya dijadikan topeng sahaja.
Pemimpin-pemimpin dan pengurusan syarikat EcoFirst sangat memahami kepentingan ini dan sentiasa menekankan bahawa produk berkualiti adalah tulang belakang perniagaan MLM. “Repeat Sale’ yang akan diambilkira dalam pelan “fast start” yang menjadikan pelan kita sangat mantap dan akan menjadikan pendapatan anda
BANYAK, CEPAT, dan
RESIDUAL. Saya BERANI katakan, jika anda mencari ketiga-tiga unsur tersebut, HANYA melalui Ecofirst anda menemui jawapannya